👁‍🗨 You Might Also Like 👁‍🗨

_________________________________________________________________________________________________________________________________________

01 December 2020

Nota Terakhir 2020

📅 01 December 2020 | 🕕 2:19 PM | Comment 💌
(Byebye, 2020)

ASSALAMMUALAIKUM & GOOD DAY
Hi my followers and silent readers!

Salam 1 Disember 2020. Sempena dengan bulan penutup tahun 2020, hari ini I nak menulis blog setelah sekian lama tak update blog hehe. Sekarang ini, I busy dengan bisnes online, Syhzna Sisters (boleh juga klik sini Instagram Syhzna Sisters) dan juga, Eyziplay. Kalau ada yang berkenan, klik je link dekat bio instagram itu ya 😊 

Okay sebelum nak masuk tahun depan 2021, I just nak share apa yang terjadi tahun ini 2020. Yes, tahun ini satu dunia dah lalui banyak duka berbanding suka kan? Especially dengan isu Covid-19 yang banyak jejaskan normal life kita kan. Tapi I percaya selepas duka mesti ada suka. I harap semua orang dalam dunia ini akan sentiasa kuat untuk teruskan hidup 💪

Tahun 2020 ini banyak mengajar I erti kesabaran, kekuatan, ketabahan dan macam-macam lagi.
Tahun 2020 adalah tahun kehilangan dalam hidup I. Apa yang I hilang?

2020
January-March :
Just my normal and happy life. Yes masa ini I rasa hidup I dah sempurna dengan cara sederhana. Masih ada Emak Abah & adik-adik, big family, ada partner, ada kerja dan dikelilingi dengan kawan-kawan yang positif! Paling best, I dapat anak buah yang pertama (lahir bulan january). Alhamdulillah.

April-June :
Sepanjang PKP, hidup I masih lagi I rasa sempurna. Syukur I masih ada kerja (wfh) dan dapat spend quality time dengan family. Awal April I lalui kehilangan pertama iaitu break up. Masa ini I try kuat dan I berserah. I percaya ada hikmah. Dah takda jodoh. Takpe I okay. Orang cakap, takpe nanti Allah bagi pengganti yang lebih baik. InshaAllah. So I terus lupakan hal itu dan jalani kehidupan I dengan family, kerja dan kawan-kawan. Thank you yang bagi semangat! Masa ini kita sambut puasa dan raya dengan norma baru which is I rasa happy sangat walaupun tak dapat keluar ziarah rumah tapi dapat ziarah dalam video call hehe. Ouh bulan June, I dengan family celebrate birthday Emak dengan norma baru. Emak happy sangat! Sekali lagi, Alhamdulillah.

July :
Back to office. I dah boleh bekerja di office dan masih lalui kehidupan dengan baik. Sampai la satu masa ini I hampir putus asa dengan hidup bila I lalui kehilangan kedua. Kehilangan ini memang takda ganti dan kehilangan paling besar dalam hidup I. Pada 11 July, Emak I pergi menghadap Illahi dan pergi selamanya. Rasa macam mimpi. Even sampai ke saat ini still macam mimpi. Tapi I kuatkan iman, semangat dan cuba jalani hidup walaupun kadang-kadang I jatuh. Sebagai muslim, I kena lawan segala perasaan yang negatif. I taknak sampai tolak hukum. Nauzubillah. Hari demi hari berlalu, Alhamdulillah I kuat dan akan terus kuat lagi. Terima kasih sangat-sangat pada semua yang bagi semangat dan sokongan! Hanya Allah yang dapat membalas jasa korang. Amin. Mohon juga jasa baik korang sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah Emak I.

August-September :
Masa ini, I kena buat keputusan yang sangat penting dalam hidup I. Baru I betul-betul faham apa itu erti pengorbanan. I kena berkorban kerja dan hidup I yang sebelum ini. I kena mulakan hidup baru dari KL berpindah ke Perak dengan Abah dan adik. I buat dengan kerelaan I dan I redha dengan apa yang berlaku. I percaya ada hikmah. Allah Maha Besar. Dan pertengahan September, bermula hidup I yang baru dengan tempat dan suasana baru. Alhamdulillah I dapat stay bersama family.

October-December :
I banyak berfikir untuk buat keputusan yang betul dan selebihnya I berserah pada Yang Esa. Awal October, I tekad untuk mulakan balik bisnes online yang I dah tinggalkan sebelum ini. Dan ini pun janji I pada arwah Emak, nak jalankan bisnes ini dan buka butik sama-sama. Tapi tak kesampaian, so I teruskan juga walaupun tanpa arwah. I ambil perkara ini as a motivation untuk I. Maybe ini hikmahnya. Alhamdulillah untuk sambutan yang baik. Cuma I berharap I akan terus kuat dan tak give up lagi macam sebelum ini. Doakan I ya guys! 

Okay dah habis share semua perkara yang dah berlaku dalam hidup I. Tahun ini banyak ujian yang berat untuk I tapi hidup kena teruskan. Arwah Emak sentiasa ada dalam hati. Semoga Emak sentiasa tenang di sana ya.

Apa azam 2021?
I berharap I dan family dapat stay strong dan bersama-sama dalam hidup ini. I berharap juga I akan terus kuat dan dapat capai janji I pada arwah Emak. I percaya Allah mendengar setiap doa hambaNya. Semoga tahun 2021 akan jadi tahun yang bermakna untuk semua orang termasuk my silent readers dan followers. Terima kasih sekali lagi kepada semua orang yang pernah bagi kata-kata semangat selama ini. You know who you are! ❤️

Jom share dalam komen di bawah, apa pula azam korang? 😊

: written by E y n a P u z i :

No comments:

Post a Comment

Hi please share your thoughts. Thank you so much! 😉