👁‍🗨 You Might Also Like 👁‍🗨

_________________________________________________________________________________________________________________________________________

05 November 2020

apa itu busy board?

📅 05 November 2020 | 🕕 3:29 PM | 2Comments 💌
(Eyziplay, 2020)

ASSALAMMUALAIKUM & GOOD DAY
Hi my followers and silent readers!  
❗️❗️❗️ Apa itu Busy Board dan Fungsinya Kepada Kanak-Kanak? 👶🏻🧒🏻👦🏻

➡️"Anak saya asyik nak main handphone je 24/7"
➡️ "Anak saya tak tahu cara butang baju. Saya dah tunjuk banyak kali masa pakai baju"
➡️ "Anak saya pula suka main bukak tutup laci, pastu tekan suis.
Kadang-kadang suka kunci pintu tapi tak tahu nak pulas tombol pintu"
🌸 Mesti mak ayah pernah lalui situasi macam ini kan? Sampai pening tak tahu nak buat apa lagi.
Kalau asyik kata "NO" je dekat anak, takut anak akan jadi lain pula. Serba salah dibuatnya.
👍🏼 Untuk menyelesaikan dilema mak ayah, pilihan lain adalah Busy Board.
❗️ Apakah itu Busy Board? Juga dikenali sebagai Papan Bermain Sambil Belajar. Ia merupakan papan
yang dilengkapi dengan aksesori dan pelbagai jenis peralatan yang menarik perhatian kanak-kanak.
Apa yang menarik adalah, ia dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.
Untuk pengetahuan, Busy Board merupakan salah satu alternatif produk bagi pembelajaran
kaedah Montessori. Ia sangat meluas digunakan di negara luar. Namun, ia semakin mendapat
sambutan di Malaysia. Ia sangat berkesan dalam perkembangan kanak-kanak.
🎉 Busy Board ini sesuai untuk kanak-kanak berumur dari 8 bulan-10 tahun. Dengan menggunakan
Papan Bermain Sambil Belajar ini, kanak-kanak mampu untuk melatih kemahiran mereka setiap hari.
👋🏼 Bagi kanak-kanak (8bulan-3tahun), mereka dapat menguatkan otot jari dan pergerakkan.
Manakala kanak-kanak (4tahun-10tahun), mereka dapat praktik pelbagai kemahiran dalam
kehidupan seharian baik di rumah atau di sekolah.
📢 Jom selesaikan dilema mak ayah dengan Sensory Busy Board dari Eyziplay Enterprise.
Ada dua set design yang dikeluarkan, Set A dan Set B.

Best ke menarik Sensory Busy Board ini? Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada
mak ayah dan akan mula bertindak untuk kebaikan anak-anak ❤️❤️❤️

📲 Whatsapp to order : wa.link/me0bm7

: written by E y n a P u z i :

2 comments:

  1. Wah bagus la busy board ni . Thanks sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. You are welcome. Yes memang bagus untuk kanak-kanak😊

      Delete

Hi please share your thoughts. Thank you so much! 😉