👁‍🗨 You Might Also Like 👁‍🗨

_________________________________________________________________________________________________________________________________________

20 May 2020

konsep #rayaathome

📅 20 May 2020 | 🕕 1:51 PM | 14Comments 💌
(Aidilfitri, 2019)

ASSALAMMUALAIKUM & GOOD DAY
Hi my followers and silent readers!

Hai apa khabar you guys? Salam Ramadhan yang ke-27. Alhamdulillah kita semua dapat tunaikan ibadah puasa sampai hari ini. I harap you guys sihat dan selamat di mana je you guys berada. So far apa persiapan raya you guys tahun ini? Eventhough kita tengah dalam musim PKP sebab Covid19, tak bermakna kita tak menyambut Hari Raya Aidilfitri. Wajib untuk kita sambut sebagai meraikan tanda kemenangan. Cuma untuk tahun ini, kita digalakkan untuk sambut dalam keadaan paling sederhana dan selamat. Please, pentingkan kebersihan dan keselamatan diri tau!
Raya this year, I akan beraya di KL dengan family sebab time PKP memang dah stuck di KL. Kalau tahun lepas, beraya di rumah Ipoh. Sedih la tak dapat balik Ipoh kome oii 😭. Siapa sini kampung dekat Ipoh? 

(Aidilfitri, 2019)

Last year, rajin la nak masak banyak juadah sebab nak jamu tetamu kan. But this year, I dan family tak dapat nak terima tetamu datang ke rumah atas faktor keselamatan walaupun aktiviti ziarah dibenarkan. Makanya, konsep raya I tahun ini is RAYA AT HOME dengan 4 orang ahli keluarga. So apa persiapan raya I tahun ini?

(Aidilfitri, 2019)

My persiapan raya is juadah raya dah tentu lah wajib disediakan hehe. Cuma kali ini I just akan masak Lontong sahaja. Juadah lain macam Rendang Ayam, Ketupat Palas dan Lemang, I order dari Restoran Nasi Lemak Saleha (klik link). Btw, last open order pada hari Khamis (21/5) jam 12pm. So still sempat lagi kalau ada yang nak order dari NLS. For kuih raya macam biasa I order dengan kawan-kawan je and at the same time, boleh support bisnes kawan-kawan. Baju raya pulak? Okay actually I dah beli baju raya masa awal tahun lagi sebab beli masa sale (nak jimat punya pasal). 

Okay, next I just nak share aktiviti untuk raya 1st dan 2nd day nanti memandangkan I guna konsep Raya At Home haha 😂
_________________________________________________________________

1st day of Raya :
*Bersiap pagi raya macam biasa.
*Sesi makan raya.
*Sesi bermaafan dan bersalaman. 
*Sesi video call dan bergambar beramai-ramai (scrennshot) dengan keluarga dan saudara-mara.
*Sesi berbaring depan tv sambil layan movie dan kunyah kuih raya.
*Sesi tertidur depan tv.

2nd day of Raya :
*Bersiap pagi raya macam biasa.
*Sesi makan raya.
* Sesi bergambar dengan baju raya #ootd.
*Sesi berbaring depan tv sambil layan movie dan kunyah kuih raya.
*Sesi tertidur depan tv.
_________________________________________________________________

Eh 3rd day of raya takda ke? Yes takda sebab tahun-tahun lepas pun, I memang beraya yang beria dua hari je. Ada few tahun je yang I beraya sampai hari ke 3 dan seterusnya sebab masa tu I pergi rumah saudara mara yang jauh. Tapi since tahun ini dah guna konsep lain, jadi consider hari-hari itu takda la ya hehe.

InshaAllah, I akan share video my raya dalam next entry on 1st Syawal nanti tau hehe.
Jom share persiapan raya you guys dalam kotak komen sebab I pun nak tau apa aktiviti you guys masa raya nanti and guna konsep sama macam I jugak ke? 😆

: written by E y n a P u z i :

14 comments:

  1. sedapnya lontong. takpe raya tahun ni pakai lawa2 nanti vc =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musim PKP pun kita wajib beraya even stay dalam rumah je hehe 😂

      Delete
  2. Haha lawak je kata sesi terbaring depan TV.
    Saya pun rasa sesi itu memang lama diamalkan dari pagi sampai malam sebab takde tetamu nak datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kan! So sama-sama la kita
      terbaring dan tertido depan tv 😂😂😂

      Delete
  3. Sedapnya juadah raya tu. persiapan tak ada lagi. masak juadah raya je lah pagi raya nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya in advance hehe! Jom kita makan je raya nanti :)

      Delete
  4. Woah dah tersusun rapi dah planning. Saya rasa insyaAllah raya kali ni lain tapi ada hikmah yang terssendiri dan mampu buat kita semua merenung seketika. Lontong tu fevret saya masa raya, hehe. Takde rendang pon saya ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan awak! Semua yang berlaku ada hikmahnya. Semoga awak stay safe ya. Selamat hari raya in advance hehe!

      Delete
  5. selamat hari raya...nampak sedap cheese tart tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya in advance sis. Yes sedap walaupun fikir banyak kali nak makan sebab cantik and my student yang bagi pulak tu hehe 😆

      Delete
  6. Kpg akak di Kuala Kangsar, tak dpt balik jg..raya di KL..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ate akak orang perak juga la ni hehe. Tu la rindu nak balik perak. Btw selamat hari raya akak! 😉

      Delete
  7. pregnaant ketiga ni saya suka makan lontong. sudi2 ye share resepi. heeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah sis akan dapat baby soon! Resepi I follow dalam google je hehe 😅

      Delete

Hi please share your thoughts. Thank you so much! 😉