👁‍🗨 You Might Also Like 👁‍🗨

_________________________________________________________________________________________________________________________________________

11 August 2020

Al Fatihah, Emak

📅 11 August 2020 | 🕕 8:26 PM | 10Comments 💌
(Emak, 11 July 2020)

Assalamualaikum, Emak ❤️
Hari ini genap sebulan emak telah pergi meninggalkan Akak, Abah, Nana, Ijad, Zakri (menantu), Marissa (cucu) dan juga ahli keluarga kita yang lain. 

Masih segar lagi dalam ingatan hari pemergian emak sebulan yang lalu. Hari Sabtu 11 Julai 2020, pukul 230 petang adik call akak and dia terus meraung bagitau emak jatuh toilet, jantung akak rasa berdebar sangat and akak dapat rasa ada sesuatu yang tak kena tapi akak cuba bertenang. Akak terus bersiap nak balik rumah. Belum sempat akak nak keluar, abah pula call bagitau, "Akak, abah nak bagitau yang emak dah takda". Ya Allah, masa tu akak terus menangis dan cuba faham apa maksud abah. Lepas itu, akak dengar abah cakap dengan adik untuk sedekahkan Al Fatihah pada emak. Masa itu akak faham yang emak dah meninggal dunia tapi akak taknak terima selagi belum nampak jasad emak depan mata. Akak terus naik grabcar balik rumah dan masa itu hujan turun lebat sangat. Air mata akak pun tak berhenti mengalir. Sepanjang perjalanan, akak masih berdoa dan berharap yang semua ini hanya lah mimpi dan emak hanya pengsan.

Sampai je dekat rumah, akak terus nampak tilam beralaskan kain batik, masa tu akak dah menangis dan cepat-cepat masuk nak tengok emak. Akak nampak abah, adik dan few jiran kita berkumpul depan pintu toilet dan adik terus peluk akak minta bersabar. Maafkan akak sebab akak tak mampu untuk berdiri tengok jasad emak di situ. Akak tunggu emak di tepi tilam dan akhirnya jasad kaku emak telah  dibawa keluar dan dibaringkan di atas tilam. Akak pegang dahi emak. Sejuk sangat emak. Masa itu pun akak masih berharap yang emak hanya pengsan. Tapi akak kuatkan hati untuk terima pemergian emak setelah jasad emak dibawa ke hospital untuk dikebumikan pada besok hari.

Alhamdulillah jenazah emak telah selamat dibawa ke masjid untuk dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan. Emak tahu tak, ramai orang yang datang ke masjid dan tanah perkuburan untuk tengok emak buat kali terakhir sebelum dikebumikan. Pemergian emak diiringi dengan banyak doa dari ramai orang. Burung-burung dan angin turut mengiringi pemergian emak. Sungguh damai dan tenang pada petang Sabtu itu. Air mata dan doa akak tak pernah berhenti pada masa itu. Malah lepas emak dah selamat dikebumikan, kaki akak berat untuk melangkah tinggalkan kubur emak. Masa itu akak rasa orang kejam tinggalkan emak sorang-sorang dalam tanah itu. Tapi cepat-cepat akak istighfar dan tarik balik perasaan itu. Akak masih cuba untuk redha pemergian emak. Walaupun 10 tahun dan banyak tahun akan datang, akak masih akan rasa aura emak di sisi. Setiap hari akak rasa emak ada di sisi akak cuma tak nampak jasad. Akak cuba kuat untuk teruskan hidup dan akak janji akan jaga abah, adik-adik dan cucu emak.

Sungguh berat hati akak untuk terima semua ini. Sebab emak pergi secara mengejut dan tak disangka. Betapa besarnya kuasa Allah yang telah menetapkan takdir bagi setiap hambaNya. Akak masih ingat lagi, dua minggu tak dapat jumpa emak sebelum emak pergi. Akak terkilan yang amat sangat. Tapi sampai sekarang akak pun tak faham kenapa akak rasa macam ada halangan nak jumpa emak. Akak masih terbayang hari-hari yang telah kita lalui bersama terutamanya masa PKP. Betapa manjanya emak dengan anak-anak pada masa itu. Betapa bahagianya diri emak pada masa itu. Betapa banyaknya perancangan emak pada masa itu.

Bila akak teringat balik perbualan kita, tak berhenti air mata akak mengalir. Kadang-kadang akak tengah buat kerja pun, tiba-tiba terlintas bayangan emak dalam fikiran akak. Mungkin rindu. Terlalu rindu pada emak. Akak dah hilang kasih sayang dan doa dari insan yang bergelar emak, ibu, mama, umi. Abah pula kadang kala tersasul sebut nama emak terutamanya bila nak panggil akak dan nana. Sayu akak dengar bila abah tersasul dan sedih akak tengok muka Abah. Akak tahu abah cuba kuat di depan anak-anak emak ini. Emak, tak pernah sedetik pun kami lupakan emak dan setiap kali teringat kami akan sedekahkan Al Fatihah dan doa. Emak jangan risau ya, akak akan jaga abah dan adik-adik sebaik mungkin. Akak tahu akak memang takkan mampu untuk jaga keluarga kita sebaik yang emak jaga selama ini. Tapi akak akan cuba ya emak. InshaAllah.

Damai lah di sana ya emak. InshaAllah kita akan berjumpa di Syurga Allah. Amin Ya Rabbal Alamin.

💕
Ramizah Binti Mukti
1/6/1964 - 11/7/2020
Al-Fatihah

: written by E y n a P u z i :

10 comments:

  1. Innalillah. Allahummaghfirlaha warhamha.

    ReplyDelete
  2. Moga Allah meletakkan mak di tempat orang2 beriman..Amin..

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/08/ada-nak-order-origami-3d.html

    ReplyDelete
  3. allahu..semoga sis tabah..insyaallah arwah ditempatkan dikalangan orang beriman..

    ReplyDelete
  4. Salam takziah dear. Stay strong ya 😘

    ReplyDelete

Hi please share your thoughts. Thank you so much! 😉