Featured Post

hibah takaful

Assalamualaikum,  saya Eyna Puzi sebagai Perunding Takaful dari PRUDENTIAL BSN TAKAFUL sedang giat membuat kempen HIBAH TAKAFUL wang tunai...

Tuesday, July 19, 2016

rockyourlife

Eyna Puzi | 2:21:00 AM | Comment
(Photoshoot Job, 2016)
Hidup ini ibarat roller coster
Perjalanannya jauh
Sejauh tiada jangkaan penghujungnya
Sebelum nafas terakhir kau ditarik, ianya

Ada perit dan leganya
Ada turun dan naiknya
Ada pelantar untuk rehat seketika
Namun, pelantar roller coster hanya sedikit
Jadi, jangan leka jangan lalai
Jika jatuh, bangun lah!
Jika lemah, berpaut lah!
Namun, jika sedang berada di puncak
Puncak keindahan, puncak kejayaan
Jangan pernah lupa orang kiri kanan depan belakang
Pegang lah mereka!
Hargai lah mereka!
Ucapkan syukur sebab adanya mereka
Mereka ini tak penat menyokong kau
Ucapkan syukur sebab kau diuji. Ucapkan...
Sebelum roller coster ini berhenti
 Ingat baik baik, ia ada penghujungnya
Penghujung yang tiada jangkaan
Ianya roller coster kehidupan

Kau perlu tabah, kuat dan lawan !
Semoga berjaya :)

Inspirasi Tulisan Eyna Puzi :
Lepas layan movie Top Secret: Wai roon pun lan (2011)

No comments:

Post a Comment

Hi thank you so much! You are awesome :)